adakah lemak merbahaya

Akhir-akhir ini, saya telah menelaah beberapa artikel mengenai keburukan dan kebaikan lemak. Mungkin ramai diakalangan kita berpendapat lemak adalah sesuatu yang buruk untuk dikonsumsi. Hal ini ada kebenaranya, namun kita jangan lupa mengenai khasiat sebenar lemak jika dikonsumsi dengan betul
Seperti yang kita semua ketahui, lemak terdiri daripada lemak jahat dan lemak baik.
Lemak baik terdiri daripada lemak tidak tepu atau 'unsaturated fatty acid'. Ia dibahagikan lagi kepada 'monosaturated fatty accid' dan' polysaturated fatty acid'. Penamaan ini berkaitan dengan kandungan ikatan hidrogen didalam struktur kimianya.
Semua molekul lemak terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Saturated fat memiliki struktur hidrogn yang penuh, manakala monosatureted fat kehilangan satu ikatan hidrogen. Begitu juga bagi polyunsaturated, diamana kandungan ikatan hidrogennya lebih banyak yang hilang.
Hal ini memeri peranan yang penting terhadap struktur mata kasar bagi lemak. Bagi saturated fat, ia cenderung untuk menjadi pepejal dgn lebih cepat pada suhu bilik. Hal ini turut berlaku dalam tubuh badan kita. Cuba anda semua bayangkan sendiri.
'Monosaturated fatty acid' banyak terkandung didalam minyak zaitun dan juga pelbagai jenis kekacang. kandungan lemaknya hampir menyamai kandungan lemak didalam sekeping daging 'burger', tetapi bezanya ia adalah lemak baik.
kita beralih pula kepada 'polyunsaturated fatty acid'. Contoh bagi golongan lemak ini adlah minyak ikan. Minyak ikan adalah sumber terbaik untuk EPA dan DHA (omega-3)
Mungkin para pembaca pernah mendengar akan khasiatnya terhadap kesihatan tubuh badan kita.
Omega-3 banyak terkandung didalam ikan-ikan laut dalam. Berikut merupakan senarai ikan berserta kandungan omega-3.

Type of fish
Total omega-3 content per 3.5 ounces (grams)
Mackerel
2.6
Trout, lake
2.0
Herring
1.7
Tuna, bluefin
1.6
Salmon
1.5
Sardines, canned
1.5
Sturgeon, Atlantic
1.5
Tuna, albacore
1.5
Whitefish, lake
1.5
Anchovies
1.4
Bluefish
1.2
Bass, striped
0.8
Trout, brook
0.6
Trout, rainbow
0.6
Halibut, Pacific
0.5
Pollock
0.5
Shark
0.5
Sturgeon
0.4
Bass, fresh water
0.3
Catfish
0.3
Ocean perch
0.3
Flounder
0.2
Haddock
0.2
Snapper, red
0.2
Swordfish
0.2
Sole
0.1

Source: The Health Effects of Polyunsaturated Fatty Acids in Seafoods

Omega-3 memiliki khasiat yang berupa anti-kanser, anti-depresi, memperbaiki memori otak, melawan reaksi inflamasi didalm tubuh dan mencegah penyakit jantung.
Untuk catatan yang akan datang, saya akan menceritakan sedikit sebanyak mekanisma yang berlaku berikutan khasiat omega-3

0 komentar:

Find It